Tuesday, 25 December 2012

Hijrah.

Salam semua :)
Goodmorning , shine and rise:)
Kay , pukul 9 pagi ni ade kelas driving , ye nak amek L , 5 jam tu , tak tau nak buat apaaaaa . heeeee. Takpa , buat biase jela kan :)
To be honest , aku sekarang ke mana saja kena pakai stoking sebab kaki aku sentiasa melecet kemana saja lah. So start dari tu aku terpikir , why dont aku ubah pemakaian aku mengikut cara islam yang membawa ke arah lebih baik? I mean , baju yang xmenampakkan susuk badan , tudung yg melepasi takat dada and sebagainya. So aku tanya mak aku , ibu ira kena pakai stokin kemana saja je , nanti melecet , then mak aku jawab , kalau nak pakai stoking kena ubah semua pemakaian. Aku faham ape maksud mak aku.
Mungkin harini aku akan membawa satu perubahan yang agak besar dalam diri aku , plus tanpa insan yang bergelar teman lelaki , perjalanan penghijrahan aku akan bertambah lebih mudah. Kerana perubahan dan penghijrahan bukan melibatkan hanya luaran malah dalaman. Couple permulaan zina. Maaf kalau ada yang tidak senang dengan ungkapan ni , tapi itulah sebenarnya :)

Kalau betul betul nak berubah aku kena mula sedikit demi sedikit dalam semua aspek. Sebab aku bukan islam sekadar nama , aku adalah hamba Allah yang lemah dan bergelumang dengan dosa. Harini baru aku rasa 17 tahun hidup , berbaloi ke aku hidup? Tak tentu amalan aku dh ckup untuk melawan dosa dosa aku. Macam semua orang , takde siapa yang tak melakukan dosa , tapi kita boleh mengubah kearah yang lebih baik selepas ni :) Hijrah tak mengira usia asalkan ikhlas dengan Allah.



Aku harap aku tabah memperjuangkan hijrah aku kalini ke arah yang lebih baik menurut islam. 



assalamualaikum , mira :)