Tuesday, 18 September 2012

*carta hati*




Its not about you , its about me.

I believe in Allah. I trust him no matter what will happen and so on. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah. Yes , hikmah , sabar menanti ujiannya hari demi hari untuk meneruskan hidup yang masih muda di saat usia melangkah 17 tahun. Menempuh alam baru dalam usia semuda ni. Menyusahkan aku sebenarnya. Ya Allah permudahkan aku meneruskan langkah untuk menempuh segala ujianmu terhadap hambamu ini. Aku stress , stress , stress di saat jari menghitung hari Spm yang bakal ku tempuhi. Make me strong Ya Rahman. Melangkah ke alam baru bukan makin senang tapi makin susah. Banyak aspek family , study , bercinta , kawan kawan. There's a lot.


Kecewa dalam ***** buat aku sedar. Jodoh tu kerja Allah , aku hanya perlu teruskan hidup aku sebagai umatnya. Mengejar cinta tak guna , kalau ajal dah sampai takkan kawen pun :] Aku tabah , aku tak kesah aku rela mengharungi segala yang pahit kerana hikmahnya pasti manis. Cuma , C.I.N.T.A kau pergilah jauh dari aku kerana jodoh pasti ada. Tak perlu mencari , kerana ia pasti datang dengan sendiri. Aku percaya dengan berdoa untuk mendapat orang yang baik , pasti dapat :) Tugas kita berdoa saje ^.^

Spm ada 47 hari je lagi. Study pulak tak tahu nak cakap macam mana. Setakat ni trial baru pasti ada 1 je A , and biology aku teruk. Sangat teruk. Aku cuba struggle untuk SPM doakan aku :] aku cuba yang terbaik sebagai hadiah atas pengorbanan ibu abah selama ni. Doakan aku. 10 subject tolonglah bantu aku menggapai impian ku sebagai seorang doktor gigi yang berjaya. Aminnnn.



"Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan. Maka,jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan ALLAH. Jadikanlah dirimu fatayat yang dijulang. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang. Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam. Biar jiwamu hidup dalam tarbiyyah dijalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahadah menuju Rabb, ALLAH SWT."