Saturday, 12 May 2012

Mengertilahhh ,







Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, tidak Allah takdirkan tanpa tujuan. Carilah apa tujuan itu. InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa bertujuan. Capailah tujuan itu kerana disitulah letaknya kejayaan dan kebahagiaan kita.

Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan. Allah mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini.
Tujuannya? Untuk kita menjadi lebih baik sebagai hamba Allah dan Khalifah! :))




Sometime kita cuba nak jadi seseorg yang penting kepada seseorg yang penting dlm hidup kita. Tapi bagi dia kita hanya pemberi masalah , tahukah dia segala teguran selama ini hanya untuk kebaikan diri dia dengan mengabdikan diri ke jalan Allah. Hanya Allah mengerti , dan melembutkan lagi hati ini utk segalanya :) Kuatkan aku Ya Allah ! 


Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..


Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)