Tuesday, 3 April 2012

Allah Only,


~ Awak tahu kenapa saya TAK RALAT hilang cinta awak?
>> Sebab saya akan lebih RALAT jika saya HILANG CINTA ALLAH..

~ Awak tahu kenapa saya TAK TAGIH cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu MERENDAHKAN MARTABAT saya di mata ALLAH..

~ Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak TINGGALKAN saya?
>> Sebab saya BERSYUKUR kerana Allah sedang MELINDUNGI saya..

~ Awak tahu kenapa saya juga MENANGIS masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah MENDUAKAN CINTA ALLAH dengan awak..

~ Awak tahu kenapa saya tak pernah JEMU bicara tentang ALLAH?
>> Sebab saya INGAT, saya SAYANG, saya RINDU, dan DIA NOMBOR SATU dihati saya..

~ Awak tahu kenapa saya hanya PERCAYA CINTA ALLAH?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan MEMBALAS CINTA hambaNYA..

~ Awak tahu kenapa saya dah sukar PERCAYA CINTA LELAKI?
>> Sebab saya tahu TAK ADA YG LEBIH BAIK MELAINKAN CINTA ALLAH..



INGAT !
Jika seorang ANAK terluka hatinya, maka perasaan itu tidak akan menghalang IBUnya daripada masuk ke dalam SYURGA. Akan tetapi jika seorang IBU terluka hatinya, pasti perasaan itu akan mengheret ANAKnya masuk ke dalam NERAKA.

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil".

Tak salah kita nak tegur orang, tak kira sekurang mana pun diri kita. kita berhak menegur demia kebaikan semua orang.

Ingat-mengingati ke arah kebaikan. kalau nak tunggu orang yang sempurna dari segala aspek nak tegur kita, sampai bila² pun takkan ada.

Sempurna itu milik Allah. So kalau ada orang tegur kita, terima dengan hati terbuka dan ikhlas, bukan buat tak tahu! dan jangan ego untuk menerima teguran dari sesiapa sahaja. tapi, bergembiralah, ada yang menegur, bermakna ada yang sayang.


Jangan sia-siakan seseorang yang kini ada disisimu, yang telah setia memilihmu. Cintailah dia, siapa tau dia-lah jodohmu :)


‎"Biar hati mati menolak cinta insani, biar badan lesu ditohmah kata keji, jangan kamu menangis wahai mata hati, menangislah andai cintamu ditolak Ilahi."

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. cinta, bukan melemahkan, tapi menguatkan ~



Miraaaa :) Renung-renungkan.